Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, Chin Tong tidak berada dalam Kabinet ketika keputusan berhubung Ops Yemen 2 dibuat.

“Saya nak tanya dulu, adakah beliau (Chin Tong) terlibat dalam mesyuarat Kabinet ketika itu?” katanya yang juga bekas Menteri Dalam Negeri kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Chin Tong berkata, Ops Yemen 2 tidak mendapat kelulusan pentadbiran terdahulu susulan tiada keputusan Kabinet berhubung gerakan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.

“Ops Yemen 2 berakhir pada 4 September 2018, selepas kerajaan ketika ini membuat keputusan menarik balik pasukan ATM dari Arab Saudi atas sebab tidak selaras dengan dasar berkecuali Malaysia,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) yang meminta penjelasan berhubung tugas pasukan ATM yang berpangkalan di Riyadh dan jumlah rakyat Malaysia serta anggota tentera di Yemen. - UTUSAN ONLINE.