Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan yang disebarkan menerusi beberapa laman sosial itu bertujuan untuk melaga-lagakan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya. Kenyataan ini adalah palsu. UMNO dan BN menghormati institusi Raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Ini kerja mereka yang mahu melaga-lagakan kami. Rapatkan saf dan terus komited dalam perjuangan walau apa pun dugaan mendatang,” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter beliau, hari ini.

Kemelut Menteri Besar Perlis yang sepatutnya berakhir semalam dengan Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah jawatan tersebut, namun tiada seorang pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hadir dalam majlis di Istana Arau, Perlis itu. - UTUSAN ONLINE