GTN diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memartabatkan semula para petani di negara ini melalui perubahan sikap dan tanggungjawab bagi memastikan kelestarian sektor agromakanan negara tanpa bergantung harap sepenuhnya kepada pihak kerajaan.

GTN adalah kesinambungan daripada kejayaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tani di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara pada Oktober tahun lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri  Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan penaung GTN 2017; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar. - UTUSAN ONLINE