Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di pekarangan IPK Kedah pada kira-kira pukul 11.15 pagi dengan disambut Ketua Polis Negeri, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Yang hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. 

Difahamkan Ahmad Zahid turut diberi taklimat keselamatan serta persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Kontinjen Kedah oleh Zainal Abidin.

Terdahulu, beliau melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan. - UTUSAN ONLINE