Menurutnya, beliau telah mengenali mendiang sejak 1987 ketika Celestine Ujang dalam kepimpinan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), manakala beliau dengan Pemuda UMNO bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mendiang merupakan sahabat karib dalam Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mana saya kerap mengunjungi beliau ketika sihat dan sakit beberapa kali.

"Malah, hari jadi mendiang pada tahun lalu juga saya sempat meraikan bersama beliau," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Beliau yang tiba di kediaman mendiang pada pukul 8 malam disambut menantu Crlestine yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing serta Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.