Dalam istiadat yang akan berlangsung di Singgahsana Istana Syarqiyyah di sini, Ahmad Razif bakal menerima bintang Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama Ketua Istiadat, Datuk Bentara Luar, Datuk Omar Pilus.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pula merupakan penerima tunggal bagi anugerah bintang Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 17 penerima dianugerahkan bintang Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang juga membawa gelaran Datuk dan mereka termasuklah Exco kerajaan negeri, Muhammad Pehimi Yusof; Mufti Terengganu, Dr. Zulkifly Muda; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Mohamad Nor Ibrahim dan Pegawai Daerah Besut, A. Rahim Jusoh.

Lain-lain penerima ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohamad Kamil Othman; Datuk Pengelola Bijaya Diraja, A. Rahman Yahya; Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Ahmad Fauzi Nordin; Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Adam Sulong; Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud; Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, Ibrahim @ A. Aziz Yaacob dan Pengurus Besar Kanan HRM Petronas Gas Bhd., Raiha Azni Abd. Rahman.

Turut menerimanya Timbalan Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Melayu Kuala Kangsar, Kapten (B) Dr. Tengku Mohd. Kamil Tengku Ismail; Juruukur Tanah, Dr. Md. Said @ Mohd. Zaid Abdullah; Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah Berhad, Mahmud Fauzi Muda; Pengetua Sekolah Grammar Kuala Terengganu, Harry Isaacs; Juruukur Tanah, Dr. Mohamed Shahdan Shahid dan Doktor Pakar Kulit, Dr. Ko Chung Beng.