Pemakaian Beret Kehormat serta lencana Trimedia itu disempurnakan oleh Panglima Paskal, Laksamana Pertama Anuar Alias.


Penganugerahan Beret Kehormat Paskal merupakan pengiktirafan kepada individu yang menyumbang bakti sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada perkembangan, peningkatan dan keupayaan tempur pasukan.


Sejak diwujudkan, Beret Kehormat Paskal telah dianugerahkan kepada 11 orang kenamaan negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - UTUSAN ONLINE