Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Dalam PRU-14, Ahmad Faisal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choy Sin Heng dan calon Pas, Nordin Hassan dengan majoriti 4,767 undi.

Beliau juga menang Parlimen Tambun mengalahkan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN) dan Muhamad Zulkifli Mohamed Zakaria (PAS) dengan majoriti 5,320 undi. - UTUSAN ONLINE