Dalam pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah Jakarta Selatan semalam, pihak pendakwa meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana perbuatannya itu.

“Berdasarkan fakta kes, kami meminta hakim menjatuhkan penjara selama dua tahun, kerana tertuduh menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan,” kata pegawai pendakwa raya seperti mana dilaporkan Merdeka.com.

Selain itu, pihak pendakwa juga meminta beberapa barang bukti berupa akaun media sosial dan telefon untuk dimusnahkan.

“Barang bukti berupa flash disk mengandungi screen shoot twitter, telefon beserta kad sim Indosat, XL dimusnahkan. Sebuah komptuter, satu email dan akun twitter juga dirampas dan dimusnahkan,” kata pihak pendakwa.

Pihak pendakwaan meminta tindakan tegas itu berikutan keresahan yang ditimbulkan oleh tertuduh di dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu menurut pendakwa, tiga hantaran di media sosial Ahmad Dhani terbukti menimbulkan kebencian, pertama; “yang menistakan agama si Ahok, yang diadili KH Marif Amin,”

Kedua; “Siapa saja mendukung penista agama adalah bajingan yang perlu diludahi mukanya”.

Ketiga; “Sila pertama ketuhanan yang maha esa, penista agama jadi gubernur, kalian waras”. - UTUSAN ONLINE