Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang membuat peringatan itu berkata amalan berkenaan dilarang oleh Islam apatah lagi orang yang dimaki itu hanya musuh politik.

Beliau menyatan demikian pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

"Contohilah amalan Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah sama sekali memaki hamun orang yang menentang baginda semasa berdakwah," katanya.

Mohd Asri berkata terdapat hadis mengisahkan Nabi Muhammad SAW memarahi isteri baginda, Aishah kerana membalas salam seorang bangsa Yahudi yang membawa maksud tidak baik dan tidak melambangkan keindahan ajaran Islam.

Beliau kesal kerana segelintir pemimpin parti politik di negara ini memulakan ceramah dengan memberi salam tetapi sepanjang ceramah dipenuhi dengan maki hamun dan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap musuh politik parti mereka. - BERNAMA