Pemimpin ERG itu menyerahkan sepucuk surat kepada kumpulan Parlimen parti itu di Parlimen selepas persidangan Parlimen yang menyaksikan May cuba mempertahankan draf perjanjian Brexit di sebalik tentangan pembangkang.

“Agak dikesali, draf perjanjian pengunduran yang diserahkan kepada Parlimen hari ini didapati lebih teruk daripada yang dijangka dan gagal memenuhi janji yang dibuat kepada negara ini.

“Oleh itu, selaras dengan prosedur dan peraturan yang relevan, ini adalah surat rasmi tidak percaya terhadap pemimpin parti,” katanya dalam surat kepada Pengerusi Jawatankuasa 1922, Graham Brady.

Jika 48 ahli Parlimen Konservatif menulis surat serupa, barulah cabaran kepimpinan berlaku. - AFP