Jordan yang merupakan penjaga kawasan suci Baitulmuqaddis menegaskan Presiden AS, Donald Trump telah mencabul undang-undang antarabangsa melalui keputusan itu.


Dalam mesyuarat yang diadakan semalam, ahli-ahli parlimen Jordan sebulat suara memberi kuasa kepada jawatankuasa hal ehwal kehakiman untuk `mengkaji semua perjanjian dengan negara rejim Zionis itu termasuk perjanjian Wadi Araba’, lapor agensi berita rasmi Petra.

Melalui perjanjian Wadi Araba itu, Jordan merupakan salah satu daripada dua negara Arab yang mengadakan perjanjian damai dengan Israel, selain Mesir yang memeterai perjanjian damai dengan rejim Zionis itu pada 1979.

Di bawah perlembagaan beraja Jordan, hanya Raja Abdullah II mempunyai kuasa untuk membatalkan perjanjian damai dengan Israel. - AFP

habis.