JKSM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pertemuan selama 45 minit itu berlangsung dalam suasana yang sangat mesra.

"Banyak perkara berkaitan syariah dan perundangan syariah dibincangkan.

"Mohd. Na'im juga berkesempatan menyampaikan ucapan tahniah mewakili warga JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16," menurut kenyataan itu.

Mohd. Na'im dilantik memegang jawatan tersebut pada Mac lepas bagi menggantikan Datuk Mukhyuddin Ibrahim yang menerajui JKSM sejak 2017.- BERNAMA