Keberangkatan tiba baginda pada pukul 8.35 pagi diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Kira-kira 2,000 jemaah menghadiri solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Tua Masjid Al-Ismaili, Baharuddin Abdullah.

Selesai solat, khutbah bertajuk ‘Aidiladha Simbol Ketakwaan’ disampaikan Imam Muda masjid itu, Mohamad Hafizuddin Ibrahim yang memberi penekanan tiada agama lain yang lebih tinggi darjatnya melainkan Islam.

Justeru katanya, umat Islam perlu bersyukur dan berbangga menjadi umat Islam yang beriman di sisi Allah.

Katanya, Islam agama yang benar, betul dan sah bahkan Allah memberi amaran sesiapa sahaja mencari agama selain Islam, maka mereka tidak akan diterima di akhirat nanti selain tergolong dalam kalngan insan yang rugi. - UTUSAN ONLINE