Keberangkatan tiba Seri Paduka kira-kira pukul  11.35 pagi disambut oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta kira-kira 10,000 penduduk sekitar.

Mahkamah Rendah Syariah Jasin terletak bersebelahan Masjid Al-Hasanah, Sungai Rambai mula beroperasi sepenuhnya mulai Mei 2015 di atas tapak seluas 0.4 hektar. - UTUSAN ONLINE