Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda menasihatkan seluruh rakyat supaya berhati-hati dengan cuaca panas yang melanda negara.

Menurut beliau, Seri Paduka menitahkan supaya pemantauan perlu dilakukan secara teliti terhadap golongan kanak-kanak dan warga emas kerana mereka lebih terdedah dengan pelbagai risiko akibat suhu yang tinggi.

“Seri Paduka menitahkan semua rakyat secara konsisten untuk kekal hidrasi dan amat berhati-hati melakukan sebarang pembakaran terbuka.

“Yang di-Pertuan Agong turut berharap seluruh rakyat menjaga diri sendiri dan orang tersayang dengan baik semasa musim panas ini,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE