Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah.

Seri Paduka kemudian menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman sebelum berdoa.

Selepas itu, Sultan Abdullah bertemu dan dipeluk Raja Permaisuri Agong dan adik beradik Seri Paduka menyebabkan suasana sayu dan sedih sebelum bersalaman dengan hadirin yang hadir. - UTUSAN ONLINE