Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Agong berangkat majlis bacaan Yasin

Pertabalan Agong
Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat Magrib dalam majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Masjid Putra

PUTRAJAYA 20 April - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat ke majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat bersempena Hari Pertabalan baginda di Masjid Putra di sini hari ini.

Keberangkatan Sultan Muhammad V ke Masjid Putra pada pukul 7.30 malam disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut berangkat sama, Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil selepas solat Maghrib dan hajat yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember tahun lalu.

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain