Mengambil contoh pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Mohd. Azmi berkata, walaupun tujuan pemberiannya adalah baik, namun umum mengetahui ia tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh para penerima.

Katanya, tidak ada siapa boleh memberi jaminan bahawa wang tunai yang diagihkan itu digunakan untuk tujuan membiayai keperluan kehidupan.

"Pemberian wang tunai bukanlah satu 'remedy' tetapi lebih sebagai 'painkiller'," kata Mohd. Azmi dalam sidang akhbar di pejabatnya, hari ini.

"Tidak ada mekanisme yang boleh dirujuk bahawa wang tunai yang diagihkan, digunakan bagi perbelanjaan keperluan.

"Ia mungkin disalah gunakan (untuk perbelanjaan lain)," kata Mohd. Azmi.

Namun, apabila ditanya jika beliau bersetuju dengan pemansuhan terus pemberian ini, Mohd. Azmi berpendapat: "Kita perlu lihat kembali profil B40, mengenai perbelanjaan mereka.

"Mungkin pemberian ini boleh dalam bentuk lain (kupon) tetapi masih bersasar," tambah beliau. - UTUSAN ONLINE