Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Afdlin Shauki sertai misi kemanusiaan bantu pelarian Syria

AFDLIN SHAUKI (tengah) bersama enam sukarelawan Yayasan Kubra
AFDLIN SHAUKI (tengah) bersama enam sukarelawan Yayasan Kubra dan Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum serta rakan-rakan mereka sebelum memasuki balai pelepasan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor semalam.

SEPANG 10 Jun – Penerbit dan pelawak, Afdlin Shauki bersama enam sukarelawan daripada Yayasan Kubra dan Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum hari ini bertolak ke Beirut, Lebanon bagi menyertai misi kemanusiaan untuk membantu pelarian Syria di sana.

Afdlin, 46, berkata, misi tersebut yang juga merupakan anjuran yayasan miliknya bertujuan membantu pelarian Syria yang sedang hidup dalam kesusahan dan kelaparan.

Beliau berkata, sebanyak 200 kotak makanan di samping bantuan asas lain seperti ubat-ubatan yang bernilai kira-kira RM100,000 akan diagih-agihkan kepada pelarian terbabit.

"Saya terpanggil untuk me­nyertai misi kali ini selepas tersentuh hati melihat kesusahan pelarian-pelarian tersebut ketika menyertai misi bantuan yang pertama di Jordan kira-kira dua tahun lalu.

"Misi kali ini agak mencabar kerana kami semua belum pernah ke negara itu dan pada masa sama dibuat dalam bulan Ramadan ketika musim panas di Lebanon," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Menurut Afdlin, kumpulannya akan berada di Lebanon selama enam hari dan sepanjang tempoh tersebut, mereka dibantu pasukan misi antarabangsa yang telah berada di sana untuk mengenal pasti dan mengagihkan bantuan kepada pelarian berkenaan.

Dalam pada itu, ketua rombongan kumpulan sukarelawan tersebut, Abdullah Hanif Hassan berkata, bagi membantu pelari­an Syria, pihaknya turut mewujudkan satu tabung khas bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk turut sama menyumbang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain