“Saya akan menjadi jurulatih Rusia seperti Guus Hiddink lakukan sebelum saya, namun saya masih belum menandatangani perjanjian lagi,” katanya yang berketurunan Belanda.

Hiddink berjaya membimbing Rusia sehingga ke peringkat separuh akhir Euro 2008 tetapi tahun ini mereka gagal melayakkan diri ke Piala Dunia. Dia akan mula membimbing pasukan Turki, Ogos ini.

Advocaat pula membawa Belanda ke peringkat suku akhir Piala Dunia 1994 dan juga separuh akhir Euro 2004. Dia juga membimbing Zenit St. Petersburg menjadi juara liga Rusia dan Piala UEFA ketika tempoh khidmatnya selama tiga tahun, tetapi dipecat tahun lalu. - AP