Ishak, 66, dikatakan rebah ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran ADUN Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tanjung sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Bagaimanapun, bekas Ketua UMNO Bahagian Seremban itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.25 malam ini.

Difahamkan jenazah beliau akan di bawa ke kediaman kakaknya di Taman Rashidah Utama, Paroi. - UTUSAN ONLINE