Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Mohd. Zawawi rebah dan tidak sedarkan diri di rumahnya dekat Gunung Semanggol, Bagan Serai pada pukul 11.30 pagi sebelum dihantar ke Hospital Taiping dan kemudian dirujuk ke HRPB.

"Sekarang kami berada di Ipoh bagi menunggu doktor pakar membuat pengesahan untuk tindakan selanjutnya. Tadi, masa mula-mula sampai, beliau (Mohd. Zawawi) ada menunjukkan respon tetapi doktor suruh beliau berehat.

"Jadi boleh kata beliau tidak sedarkan diri di ICU," katanya ketika dihubungi, hari ini. - UTUSAN ONLINE