Kamarulzaman Khamis, 59, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung,dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Kem Terendak, Melaka setelah mengadu sakit pada pukul 3 pagi semalam.

Sementara itu adik Ahmad Zahid, Datuk Mohd. Lokman Hamidi, 54, berkata, jenazah telah disembahyangkan di surau HAT Tuanku Mizan dan dibawa pulang ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Daun selepas waktu Zohor.

Allahyarham merupakan adik ketiga Datin Seri Hamidah Khamis iaitu isteri kepada Ahmad Zahid," kata adik keempat timbalan perdana menteri itu ketika dihubungi.

Allahyarham Kamarulzaman yang berasal dari Melaka meninggalkan isteri dan sepasang anak lelaki dan perempuan. Sementara itu, Ahmad Zahid hari ini memaklumkan mengenaiperkara itu menerusi laman facebook rasminya.

"Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa adinda ipar saya Kamarulzaman Khamis telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi jam 10.59 pagi di HAT Tuanku Mizan.

"Al-Fatihah...semoga arwah ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh,"katanya. - BERNAMA