Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, mangsa, Adib Bakri Bakhir, 15, sudah dibenarkan pulang manakala seorang lagi mangsa, Zunnun Misri Nasrun, 15, dilaporkan semakin pulih.

Ujar beliau, dua lagi mangsa ia­itu Indrakurniawan Mohd. Amirul, 11, dan Muhd. Shahir Sharifuddin, 11, masih dirawat menggunakan me­sin bantuan pernafasan.

“Indrakurniawan sudah menja­lani pembedahan. Dia dirawat di Unit Rawatan Kebakaran manakala Muhd. Shahir dirawat di Unit Rawatan Pediatrik,” katanya di si­ni hari ini.

Menurut Zaininah, keluarga pelajar tahfiz berkenaan memin­ta kerjasama supaya pihak media tidak meng­ganggu mereka.

Tinjauan Utusan Ma­­laysia di wad 3 unit ter­sebut mendapati, mang­sa, Adib Bakri yang memakai baju hospital dan masih ber­balut pada tangan kanan dilihat dalam keadaan stabil serta boleh berjalan tanpa menggunakan se­barang alat soko­ngan.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapatkan reaksi daripada warisnya yang mengambil ubat di farmasi tidak berhasil malah dimarahi seorang pegawai perubatan di unit ra­watan berkenaan ma­nakala polis bantuan yang mengawal kawasan tersebut bertindak me­rakamkan gam­bar wartawan.

Difahamkan, mang­sa dibawa keluar kira-kira pukul 4.30 petang melalui laluan alternatif bagi mengelakkan dirinya diganggu wartawan yang menunggu di hadapan pintu masuk wad ber­kenaan.

Semalam, tiga daripada mangsa kebakaran premis itu termasuk seorang orang awam iaitu Muhammad Syamin Che Azmi, 18; Wan Muhammad Danish Hisham Wan Nor Hisham, 14, dan Sufian Emmad, 20 dibenarkan keluar selepas dimasukkan ke HKL Khamis lalu.