Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai yang mengukir nama di Amerika Syarikat bagaimanapun berkata, beliau ada menjemput beberapa rakan artis dari negara berkenaan termasuk bekas peserta The Voice, Dez Duron.

“Mereka akan hadir dan biarpun tiada kehadiran Usher, hari istimewa esok pastinya akan ada kejutan istimewa," katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenainya ketika sidang akhbar bersama suaminya di PICC, hari ini.

Semalam, Yuna, 31, dan Adam, 33, selamat dinikahkan dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong.

Mengulas mengenai perancangan selepas kahwin, Yuna berkata, beliau dan suami merancang untuk menetap di Amerika Syarikat namun akan tetap selalu pulang ke Malaysia memandangkan anggota keluarga mereka masih di sini (Malaysia).

“Semestinya karier akan diteruskan seperti biasa dan pada masa sama, saya mahu suami sentiasa berada bersama saya,” katanya yang bakal melancarkan album baharu pada pertengahan tahun ini. – BERNAMA