Tabung Haji dalam pengumuman menerusi laman webnya berkata, pelantikan Abu Talib berkuat kuasa pada 10 Ogos bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional, Datuk Zaiton Mohd. Hassan dan Timbalan Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai wakil Perbendaharaan untuk Tabung Haji mulai 10 Ogos.

Abu Talib kini mengetuai Jawatankuasa Khas mengenai 1Malaysia Development Bhd. manakala Zaiton ialah Pengarah Bank Islam, Sime Darby Plantations Bhd. dan Dolphin International Bhd..

Ashraf pula berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia. - BERNAMA