Ahli Lembaga Pengarah ABMS, Zainal Abidin Yang Razalli berkata, ABMS kini bukan sahaja berperanan untuk membantu usahawan Malaysia memasar produk di Singapura tetapi bakal menjadi pengimport kepada produk IAT Malaysia dalam usaha untuk memperkukuhkan bekalannya.

Menurutnya, ABMS turut memperbesarkan skop perniagaannya dengan menawarkan produk perkhidmatan terutamanya pelancongan.

“Sebab itu jelajah pencarian produk usahawan di Malaysia diperhebatkan di seluruh negara dan kita juga mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri.

“Saya harap usahawan Malaysia menggunakan peluang ini untuk memasuki pasaran Singapura,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Malaysia Fest 2017 di Dewan Eskpo Singapura di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin yang juga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor, memberitahu, dalam usaha mempromosikan produk IAT Malaysia di Singapura, pihaknya banyak mengadakan eskpo, pertemuan dengan pengeksport di negara ini dan program jelajah. - UTUSAN ONLINE