Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Abang Long Fadil 2 tepati cita rasa – Yusof

ANTARA barisan pelakon filem Abang Long Fadil 2 yang mencatat
ANTARA barisan pelakon filem Abang Long Fadil 2 yang mencatat kutipan RM13 juta dalam tempoh dua minggu ditayangkan.

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kutipan pecah panggung filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) sebanyak RM13 Juta sepanjang dua minggu ditayangkan membuktikan filem Melayu masih mendapat tempat di hati penonton tempatan.

Menurut penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, dia yakin sebab utama untuk sesebuah filem mendapat sambutan hangat khalayak adalah melalui kepuasan penonton.

“Saya mahu berterima kasih kepada mereka yang menyokong filem ALF2 sehingga mencatatkan kutipan pecah panggung. Saya yakin filem yang menepati cita rasa penonton akan mendapat sambutan.

“Saya harap sokongan ini juga akan berterusan untuk filem Melayu yang lain,” katanya.

Ditanya sama ada filem arahan Syafiq Yusof tersebut akan disambung untuk menjadi filem trilogi, pihaknya bagaimanapun masih belum boleh memberi kata pasti.

“Buat masa ini masih belum dapat saya pastikan. Bagaimanapun Syafiq ada memberitahu dia sudah mempunyai bahan untuk filem akan datang,” katanya.

Filem aksi komedi itu membariskan pelakon antaranya Zizan Razak, Tania Hudson dan Syamsul Yusof ini telah ditayangkan sejak 24 Ogos lalu.

Sementara itu, mengenai isu ‘bocor’, Yusof Haslam tidak menolak kesungguhan pihak Astro dalam membendung jenayah ini daripada berterusan dan pada masa sama turut membantu kutipan filem ini.
“Memang kami ambil serius soal ini, kalau ikutkan filem ini memang sudah ada yang ‘bocor’ hampir keseluruhan.

“Bagi saya hal ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak Astro sendiri sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan,” katanya.

Filem tersebut sebelum ini pernah ‘bocor’ di laman sosial dan laman perkongsian video YouTube apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab memuat naik sedutan dan rakaman penuhnya.

Pihak penerbit filem berkenaan tidak memandang ringan soal berkenaan dan telah membuat laporan polis untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain