Ketua Operasi A&W Malaysia Sdn. Bhd., Mohd Hasmadi Zainal berkata, restoran yang terlibat adalah di Setapak Central, Wangsa Walk, Batu Road, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sunway Geo dan Seksyen 7 Shah Alam.

“Penghantaran ditawarkan ke kawasan yang berada dalam lingkungan lima kilometer dari restoran yang terpilih dan masa yang diambil adalah 30 minit,” katanya pada majlis pelancaran khidmat penghantaran A&W di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Korporatnya, Norashekin Yusof dan Pengurus Akaun Honestbee, Ryan Wan. -UTUSAN ONLINE