Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Mentor berkata, pada tahun ini pihaknya menyasarkan mendaftar seramai 65,000 pelajar Melayu dan bumiputera ke institusi pengajian tinggi seluruh negara.


“Program ini diperluaskan yang mana kita akan melaksanakannya di 92 buah Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak.


“Kita yakin dapat melebihi sasaran ditetapkan yang mana setakat semalam sahaja selepas Jelajah Pendidikan Bumiputera diadakan di Muar, kita telah merekodkan 21,734 tawaran untuk memasuki institusi pengajian tinggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Jelajah Pendidikan Bumiputera peringkat Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di sini hari ini.


Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar; Pengarah Dasar dan Penyelidikan Pejabat Perdana Menteri, Muhammad Ammir Haron dan Pengerusi Kolej PolyTech Mara (KPTM), Datuk Ahmad Nazlan Idris. - UTUSAN ONLINE