Perdana Menteri menegaskan, kejayaan itu membuktikan BN adalah sebuah kerajaan yang menepati janji dan memberi keutamaan kepada rakyat dalam membuat sesuatu perkara.

“Kerajaan BN apabila berjanji kita akan tepati. Malah saya tugaskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pemantau janji kita, tengok mana yang tidak buat.

“Sukacita saya maklumkan janji lima tahun dulu, 97.6 peratus telah ditunaikan oleh kerajaan hari ini,” katanya ketika berucap melancarkan BR1M 2018 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Menurut Najib, sebagai seorang Perdana Menteri, beliau tidak akan membuat janji-janji jika difikirkan tidak akan ditunaikannya.

“Saya juga tidak akan membuat kenyataan bahawa manifesto itu boleh dikaji semula. Ada orang sudah buat kenyataan, bukan hendak tepati tetapi boleh mengkaji semula 6O peratus janji dalam manifesto. Apa guna ma­nisfesto, yang mana janji kita tidak akan ditunaikan?” katanya.