MOHAMAD FUZI HARUN
MOHAMAD FUZI HARUN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan keputusan dibuat mengenakan pertuduhan terhadap kedua-dua individu terbabit.

Menurut beliau, mereka dikenakan pertuduhan atas kesalahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).

“Jho Low dikenakan lapan pertuduhan manakala bapanya, Hock Peng satu pertuduhan.

“Kesemua pertuduhan telah dibuat di Mahkamah Putrajaya hari ini dan waran tangkap diperoleh untuk disempurnakan terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan mengemukakan ‘notis merah’ kepada pihak Interpol bagi mengesan serta menangkap kedua-dua individu terbabit, bagi membawa pulang untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah Malaysia. - UTUSAN ONLINE