Difahamkan, bot tersebut gagal dihubungi sejak pukul 8.13 malam dan kali terakhir dikesan di kedudukan 29 batu nautika dari darat di perairan Tanjung Sedili, Johor.

“Sembilan anak kapal KD Perdana tersebut merupakan pasukan menggeledah yang sedang menjalankan operasi di sekitar perairan berkenaan.

“Operasi mencari telah dijalankan serta merta sebelum berhenti untuk mengisi minyak pada pukul 9.16 malam dan difahamkan operasi diteruskan kira-kira pukul 9.19 malam,” katanya.

Sementara itu, TLDM memaklumkan satu kenyataan akhbar berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE