Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

85,299 calon duduki peperiksaan UPSR di Selangor

UPSR 3
SEBAHAGIAN ibu bapa turut hadir memberikan suntikan semangat kepada anak-anak mereka yang hadir menduduki peperiksaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya pagi ini. - UTUSAN

KLANG 11 Sept. - Sebanyak 85,229 pelajar Tahun Enam di semua sekolah rendah di seluruh Selangor mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd. Salleh Mohd Kassim berkata, sebanyak 779 pusat peperiksaan dibuka bagi memudahkan semua murid berkenaan menduduki peperiksaan di 10 buah daerah di negeri ini.

“Bagi tahun peperiksaan UPSR tahun ini, daerah Petaling Perdana mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 16,707 calon diikuti dengan daerah Hulu Langat seramai 15,987 calon dan Klang seramai 14,990.

“Bagi mememastikan UPSR pada tahun ini berjalan lancar, seramai 8,133 orang petugas turut ditempatkan di seluruh pusat peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan pelajar yang menduduki UPSR di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di sini hari ini.

Peperiksaan UPSR yang bermula hari ini akan tamat pada Isnin depan dan peperiksaan dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu (Pemahaman) diikuti Bahasa Melayu Penulisan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain