Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

‘Saya tidak sebar ajaran pengganas’

ZAKIR NAIK beramah mesra dengan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa
ZAKIR NAIK beramah mesra dengan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa diketuai Ibrahim Ali dalam pertemuan di Cyberjaya, semalam. UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

CYBERJAYA 15 Mac – Tokoh pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik menafikan dakwaan sesetengah pihak yang me­nuduh beliau menyebarkan serta menggalakkan aktiviti pengganas kepada orang ramai.

Menurut Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 itu, tuduhan yang dilemparkan tanpa disertakan dengan bukti kukuh itu telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya, sekali gus memburukkan nama agama Islam sendiri.

Katanya, antara tuduhan yang dibuat adalah beliau dihalang memasuki ke beberapa negara ekoran menggalakkan keganasan selain kononnya beberapa individu telah menyertai kumpulan militan Daesh selepas mengikuti ceramah beliau.

“Saya bebas ke mana-mana negara dan dakwaan bahawa saya dihalang ke beberapa negara adalah tidak benar sama sekali, malah baru-baru ini saya dijemput ke negara yang kononnya menyekat saya.

“Berhubung tuduhan beberapa individu menyertai Daesh, tiada bukti berhubung perkara ini termasuk media yang melaporkan berita berkenaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Zakir menerima kunjungan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali bersama tujuh anggota kepimpinan pertubuhan tersebut.

Pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorthy bersama 18 indivdu lain sebelum ini memohon saman pemula untuk menuntut perisytiharan bahawa Zakir sebagai suatu ancaman kepada keselamatan negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia.

Semalam, Ibrahim memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah dalam saman pemula tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ibrahim menggesa kerajaan Malaysia untuk membawa isu tuduhan Zakir sebagai pengganas kepada perhatian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menepiskan tohmahan yang dilemparkan terhadap tokoh pendakwah berkenaan.

Katanya, tuduhan tersebut kini bukan hanya soal peribadi Zakir tetapi melibatkan imej agama Islam itu sendiri.

“Perkasa tetap mempertahankan Zakir dalam apa jua situasi sekali pun kerana beliau tidak bersalah dalam soal ini kerana tokoh ini telah melakukan perkara yang betul. Adakah menyebarkan dakwah merupakan satu kesalahan?

“Kita (Perkasa) akan mengiktiraf ketokohan Zakir menerusi Anugerah Pahlawan Peribumi Perkasa dalam program Perhimpunan 100 Cendekiawan Islam yang akan dianjurkan dalam masa terdekat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain