Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutupan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Presiden KGP Perlis.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan ‘Dream Team DKA’ memperolehi tempat kedua dan diikuti ‘Team TAR’ di tempat ketiga serta ‘Pasukan TAD’, keempat.

Seramai 74 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan kali ini yang diadakan buat kali ke-22.

Ia diadakan sebagai memperingati sempena istiadat perkahwinan Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada tanggal 9 Mei 1994 iaitu hampir 24 tahun yang lalu.

Sebagai rekod, hanya dua tahun pertandingan empat penjuru tersebut tidak dijalankan.

Antara para pemain yang mewakili pasukan ‘Real Perlis’ ialah dua bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Dr Aseh Che Mat.

Pertandingan tersebut secara tidak langsung membantu mempergiatkan lagi pelancongan sukan di negeri ini khususnya apabila diadakan ketika musim harumanis Perlis yang baru bermula. - UTUSAN ONLINE