Program yang dijalankan bersama Universiti Mahsa itu berlangsung di Kafe Pokok di sini bagi mendedahkan warga universiti itu tentang kepentingan sarapan sebelum memulakan pengajian.

Pengurus Besar Kollektiontion, Andrew Chiam berkata, pendedahan itu penting kerana segelintir orang ramai terutama yang bekerja sering mengabaikan sarapan sehingga mengganggu sistem pencernaan sekali gus mendatangkan risiko kegemukan.

“Sempena program itu, pihak kami memperkenalkan satu siri cerek elektrik dan pemanggang roti daripada koleksi Morphy Richard bagi memudahkan orang ramai menyediakan sarapan dengan lebih efektif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Pensonic, Vincent Chew dan Pengarah Eksekutifnya, Nelson Chew.

Koleksi produk terbaharu itu mempunyai dua jenis reka bentuk iaitu ‘Vector’ yang mempunyai ciri moden dan perincian tiga dimensi manakala ‘Evoke’ pula mengemukakan tema retro pada rekaannya.

Andrew yang selaku pengedar sah Morphy Richard menambah, produk tersebut mempunyai perbezaan dari segi reka bentuk lebih menarik dan perincian keselamatan terjamin berbanding produk elektrik lain .

“Kami turut menyasarkan jualan sebanyak dua hingga tiga ribu barangan elektrik tersebut bagi produk itu tahun ini,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE