Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

‘Kali ini tiada lagi permohonan maaf’

Shaiful Hazizy Zainol Abidin (tengah)  bersama ahli Pergerakan
Shaiful Hazizy Zainol Abidin (tengah) bersama ahli Pergerakan Pemuda UMNO negeri menunjukkan laporan polis berhubung dua pemilik akaun Facebook yang menghina Almarhum Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah selepas membuat aduan di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 13 Sept. – Tindakan undang-undang yang tegas perlu dikenakan ke atas dua pemilik akaun Facebook yang menghina Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah walaupun pihak terbabit membuat permohonan maaf di laman sosial.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Ha­zizy Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak akan menerima permohonan maaf atas perbuatan keji tersebut selagi tindakan undang-undang diambil oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Kami kesal dan sedih ketika rakyat dan kerabat diraja masih bersedih ada pihak tidak bertanggungjawab tergamak mengeluarkan kata-kata yang menghina kemangkatan Almarhum,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Kota Setar di sini hari ini.

Menurutnya, laporan polis dibuat terhadap individu menggunakan nama, Hershel Tan (Jack) dan Sheikh Noor Affandi di laman Facebook yang memuatnaik perkataan jelik berikutan kemang­katan Almarhum Tuanku Abdul Halim.

Shaiful Hazizy berkata, polis perlu segera menyiasat dan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengelakkan per­kara sama daripada berlaku lagi ke­rana bimbang perbuatan tidak bertanggungjawab di laman sosial itu akan menjadi ikutan individu lain.

“Trend sekarang kalau dah buat silap mesti minta maaf secara terbuka bagi mengelakkan tindakan diambil. Tapi kali ini tiada lagi pemohonan maaf dan saya minta polis ambil tindakan tegas pada mereka.

“Walaupun mereka hendak buat permohonan maaf, boleh tapi tindakan undang-undang yang tegas perlu terus dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Shaiful Hazizy berkata seluruh Pemuda UMNO negeri bersedih dengan kehilang­an dan kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim yang merupakan sultan yang berjiwa rakyat.

“Kami juga ingin menyampaikan sembah tahniah kepada Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 semalam,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain