Pegawai Eksekutif Padibe­ras Nasional Berhad (Bernas), Syuhada Syakireen berkata, beras tersebut yang dinamakan sebagai ‘Hitam Tadung’ mempunyai nilai pasaran agak di tinggi iaitu RM15 sekilogram.

Walau bagaimanapun kata­nya, beras tersebut yang agak unik namanya itu sukar didapati sama ada di Semenanjung Malaysia mahu pun Sabah dan Sarawak berikutan kesukaran mendapatkan benih dan kawasan sesuai untuk tujuan penanaman.

“Beras ini sangat terhad dan hanya ada di Tambunan, Sabah. Ia juga tidak pernah dikomersialkan kerana penduduk di sana hanya gunakan untuk makanan seharian sahaja.

“Oleh itu, pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 perlu singgah di Laman Padi, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk rasai rasa beras ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Syuhada berkata, pihaknya membawa sebanyak 16 jenis beras dalam MAHA 2018 khas untuk pe­ngunjung.