MUHAMMAD ADLAN NOOR KHAFIZ
MUHAMMAD ADLAN NOOR KHAFIZ

Graduan tersebut, Muhammad Adlan Noor Khafiz, 25, berkata, walaupun terpaksa berulang-alik sejauh 100 kilometer setiap hari, tawaran gaji yang tinggi membuatkan dia nekad untuk be­kerja di Singapura sebagai pekerja pem­bersihan.

“Saya bekerja di sebuah sya­rikat antarabangsa sebagai peker­ja pembersihan dan dapatkan pe­kerjaan ini menggunakan ijazah memandangkan syarikat mahukan pekerja berkelulusan ijazah untuk mengisi jawatan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

“Untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia de­ngan gaji seperti yang saya peroleh sekarang sangat susah, malah saya pernah mencuba pelba­gai pekerjaan seperti ope­rator pengeluaran di kilang-kilang sebelum mem­­buat keputusan un­tuk bekerja di Singapura,” kata peme­gang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

NUR HAKLIMATUN AB. MUEEI
NUR HAKLIMATUN AB. MUEEI

Menerima nasib yang hampir serupa, Nur Halimatun Ab. Mueei, 25 yang memilih untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah dewan makan asrama untuk mengelak membe­lanjakan wang yang lebih banyak apabila bekerja di negeri lain.

Beliau yang merupakan gra­du­an ISMP Pengajian Malaysia dengan Pendidikan UPSI berkata, kebanyakan peluang pekerjaan yang ditemui adalah di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan beliau menetap di Terengganu.

“Saya lihat, kebanyakan peker­jaan seperti guru swasta melibatkan lokasi yang jauh dan di­sebabkan masalah kos, saya memilih untuk mendapatkan apa sahaja pekerjaan yang berdekatan untuk membantu keluarga, terutamanya adik-adik yang masih bersekolah,” kata anak sulung daripada tujuh beradik itu.

Sementara itu, seorang lagi graduan, Mohd. Idzham Md. Nor, 25, pula memilih untuk memban­tu bapanya sebagai penoreh getah sementara me­nunggu keputusan pe­nempatan.

Namun, agak malang baginya kerana harga getah yang jatuh teruk kini menyebabkan pendapatannya semakin berkurangan.

“Sedih juga kerana selepas graduasi, saya tidak pernah mendapat panggilan temuduga, apatah lagi saya sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) perlu membayar pinjaman,” katanya.