Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

‘Bangunkan Malaysia berlandaskan prinsip Islam’

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud berkata, Malaysia perlu dibangunkan berlandas prinsip Islam dan menjaga wasatiyyah dalam berdakwah.

Selain itu, cara Islam yang penuh perdamaian dan kasih sa­yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian rakyat di negara ini, titah baginda semasa me­nyampaikan amanat kepada bekas penuntut Malaysia yang belajar di universiti di Arab Saudi.

Baginda menyampaikan amanat dalam bahasa Arab itu semasa mengadakan pertemuan selama sejam dengan 50 penuntut Arab Saudi yang melanjutkan pengajian di Malaysia dan lapan bekas penuntut Malaysia itu anjuran kerajaan Arab Saudi di sini, hari ini.

Presiden Ikatan Alumni Arab Saudi (IAS), Jaafar Salleh berkata, baginda yang merupakan Penjaga Dua Masjid Suci juga berpesan supaya bekas penuntut Malaysia dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari semasa menuntut di Arab Saudi demi memajukan ummah dan masyarakat Islam.

“Dalam dunia yang penuh cabaran kini, kami selaku alumni akan berusaha mengotakan ama­nat itu melalui usaha dakwah demi kelangsungan syiar Islam,” ujarnya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain