Pegawai Perpaduan Daerah Hulu langat, Ahmad Radzi Arif berkata, pihaknya simpati dengan kejadian yang berlaku kepada umat Islam di sana.

''Seramai 856 orang pelajar dan guru tadika dari daerah ini mengambil inisiatif dengan menyumbang RM1 kepada Dakap bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk Palestin.

''Walaupun sumbangan tersebut kecil, namun ia sebagai tanda keprihatinan sesama umat Islam,'' katanya pada majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Kutipan tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM2,500 dan diserahkan kepada wakil Utusan Malaysia, Zuhayati Yazid oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Luraashy Hassim di perkarangan Pejabat Daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Katanya, sumbangan itu merupakan tanda kesepakatan pelajar tadika bagi membantu meringankan keperitan yang di tanggung rakyat palestin.

''Kami harap, lebih ramai tampil membantu bagi memastikan kesengsaraan yang ditanggung umat Islam di sana terus diberi pembelaan,'' katanya.