Aktiviti riadah berbasikal sejauh 40 kilometer tersebut dianjurkan Kelab Pengurusan Sukan dan Kebajikan Staf Kampus Kesihatan USM (Kesukas) dengan kerjasama Kelab Basikal Kelantan itu turut dimeriahkan dengan penglibatan ahlinkelab basikal dari Thailand, Terengganu dan Kedah.

Turut mengayuh basikal, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Paduka Dr. Ahmad Sukari Halim; Timbalannya, Prof. Dr. Adam Hussein dan Presiden Kelab Basikal KelantanDatuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani.

Yang hadir sama, Pengarah Urusan Crestmax Auto KB Sdn. Bhd. Datuk Abdul Rahman Maulud selaku penaja utama.

Yang Dipertua Kesukas, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim berkata, program itu bukan sahaja menggalakkan aktiviti sukan untuk gaya hidup sihat tetapi mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kampus dengan masyarakat.

“Program ini boleh diteruskan lagi pada masa depan dengan matlamat utama melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas,” katanya. -UTUSAN ONLINE