Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan persembahan ‘Swiss Dream Circus - Charity for Children’ yang diadakan di Desa Park City, Kuala Lumpur pagi semalam.


Program tersebut ialah sebahagian daripada  tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan anjuran Melinda Looi Group of Companies dengan kerjasama LGB Group dan Le Tresor Legacy Ventures.


Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pereka fesyen terkenal tanahair, Melinda Looi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mellooi Creation, Dirk Luebbert dan CEO Le Tresor Legacy Ventures, Ismail Stork.


Antara anak yatim dari rumah-rumah kanak-kanak yang diundang hadir ialah;
Yayasan Chow Kit, Rumah Charis Home For The Children, Shelter Home For Children,
Persatuan Kebajikan Dan Pendidikan Raudhatul Nur Jannah, Persatuan Rumah Kesayangan,
Lighthouse Children Welfare, Promise Home 1 & 2, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras,
Open Hands Fellowship Berhad, Ti-Ratana Children’s Home, Trinity Children Centre,
Rumah Hope, Rumah Titian Kasih, Rainbow of Love School, Yayasan Noor Manzil,
Pure Life Society, PPKK Shah Alam, Persatuan Kebajikan Jagaan Sri Sairam, Selangor, dan We Care Journey.


Untuk rekod, Melinda Looi dan DS Borneo Trading Sdn Bhd bersama-sama dengan badan amal ‘Charity Right’ turut menyumbangkan bekalan barang keperluan asas bagi sepanjang tahun ini untuk 40 murid kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan di Perlis bermula pada Januari tahun ini.

Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama-sama dengan Tuanku Raja Puan Muda Perlis berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan tersebut. - UTUSAN ONLINE