Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, setiap pengguna mempunyai purata empat akaun media sosial yang kebanyakannya digunakan untuk komunikasi serta mendapatkan maklumat.

Katanya, berdasarkan statistik dikumpulkan pada 2016, 77.6 peratus penduduk Malaysia iaitu 24.1 juta adalah pengguna internet yang mana 80 peratus daripada mereka adalah pengguna media sosial.

“Sementara itu, untuk suku pertama tahun ini, kadar penembusan jalur lebar dalam isi rumah di seluruh negara mencapai 81.8 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Dalam tempoh sama, 103.6 daripada setiap 100 penduduk di negara ini mempunyai sambungan jalur lebar manakala pemilikan telefon bimbit telah mencapai 134 daripada setiap 100 penduduk,” katanya dalam ucapan perasmian sempena Anugerah Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2017 di sini, malam ini. - UTUSAN ONLINE