Majlis berkenaan disempurnakan Pengurus Besar Sumber Manusia, Mohd. Nazlan Osman mewakili Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Pengeluaran/Ketua Kompleks Sri Utusan, Ahmad Khairumuzamil Abd. Rahman; Pengurus Besar Pemasaran, Basir Abdul Rahim; Pengurus Kanan Perolehan, Faisal Mokhtar; Ketua Biro Utusan Malaysia Terengganu, Wan Zulkifli Wan Yaacob dan Pengurus Kilang Gong Badak, Mohd Asnawi Abd. Razak

Loji percetakan di Gong Badak mula beroperasi pada 1990 dan dirasmikan tahun berikutnya oleh Sultan Terengganu, Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Cetakan terakhir naskah Utusan Malaysia dan Kosmo bagi edaran pantai timur akan dilakukan malam ini sebelum dikendalikan oleh loji percetakan di Bangi Selangor. - UTUSAN ONLINE