Persekutuan Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) berkata, ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal selepas hujan lebat mengakibatkan banjir dan tanah runtuh dengan lebih daripada 800 bangunan termasuk rumah, klinik dan sekolah runtuh di wilayah Utara dan Selatan Hwanghae.

“Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal dan amat memerlukan perkhidmatan kesihatan, tempat perlindungan, makanan, air minuman dan penjagaan kebersihan,” kata Pejabat IFRC dalam satu kenyataan. - AFP