Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, operasi tersebut dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan daerah sejak 31 Julai lalu sehingga semalam.



“Lapan serbuan dibuat di tempat awam, manakala 18 lagi di premis kedai, lima di kedai kopi dan tiga di kedai runcit.



“Daripada jumlah itu, 29 serbuan membabitkan loteri haram, tiga judi siber, satu gelanggang sabung ayam dan satu berjudi di tempat awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Tambahnya, kesemua kaki judi yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962. – UTUSAN ONLINE