Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, 72,377 daripada jumlah itu calon sekolah kerajaan dan bantuan penuh Kerajaan.

“Calon swasta 3,036 orang dan calon persendirian seramai 165 orang.

“Manakala calon berkeperluan khas pula seramai 249 orang, “ katanya selepas melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah di Seksyen 2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Salleh berkata, pihaknya turut bersedia mengadakan PT3 di pusat khas sekiranya berlaku banjir kilat atau fenomena air pasang besar. - UTUSAN ONLINE